Bismillahirahmanirrahim..
Terasa amat lama tak melangkah menghiasi ruang-ruang entri kat blog ni..Maaf kekangan masa untuk menulis. Hari ni terasa untuk menulis satu kisah diri sendiri sekali lagi.. Cukuplah diluahkan disini, tanpa sebarang pertanyaan selepas ni..
Skandal?
Sepanjang 20 tahun ni.. macam-macam cara kawan-kawan ganding-gandingkan aku dengan insan yang jauh lebih baik dari diri ini.. Namun, hati kecil ni bukan milik siapa-siapa yang di'skandal'kan, cukuplah ia terisi dengan cinta kepada ibu, ayah,dan ahli keluargaku.. Belum masa lagi untuk aku mencari kekasih hati.. Ilmu masih sikit untuk membentuk keluarga yang sakinah di masa akan datang.
Skandal Pertama
Masa tingkatan satu waktu tu, amat kelakar gandingan kami namun, cukuplah sekadar peringatan diri ini untuk tidak lagi kembali zaman jahiliyyah ni. Si dia di beri nama Anas, surat cinta pertama yang aku pernah dapat. Muka waktu terima tu jangan cakap, terkejut beruk la jugak hehe. Si dia tulis biodata diri dia, berkenan katanya.. Kawan-kawan waktu tu semua kata si dia admire, suka sama aku.. Geli geleman plak haha Si dia mintak di balas, maka tangan yang jahil ketika tu balas la biodata ringkas tentang diri sendiri. Cinta monyet berlaku.. Kadang-kadang sangat rimas bila ada saja surat dari si dia. Si dia belanja aiskrim pak cik bawah pokok tu.. Dah orang belanja ambil je la kan. Maka kisah gosip-gosip percintaan kami tersebar luas satu sekolah. Maklumlah sekolah tak ramai student. Satu peristiwa yang memang sampai sekarang segar dalam ingatan aku, kisah ni waktu tu tak da guru masuk dalam kelas, si dia tulis surat kat aku. Masa tu terasa amat terganggu sebab tengah siapkan kerja sekolah namun layan je.. Baru nak tulis waalaikumusalam, Ustaz Nizar, Pengetua sekolah masuk.. Cuak sangat terus konyok kertas masuk bawah meja. Muka jangan cakap pucat lesi haha Ustaz perasan muka aku yang ketakutan tu, terus ustaz datang tegur, dekat ke arah meja aku. Masa tu duduk depan sekali. Ustaz tanya, sorok apa Fathirah dari saya? Aku menggelengkan kepala. Takut nak cakap tak pernah buat salah. Dahlah pengawas masa tu. Mesti pelik kan form 1 dah pengawas? Ceritanya macam ni, masa orentasi Ustaz kagum tengok kepetahan aku bercakap kat depan. Perasan plak haha Jadi ustaz naikkan aku jadi pengawas. Baju putih sekolah seminggu dua je pakai pastu tukar baju pengawas hehe. Last-last ustaz selongkar meja aku. Cuak sangat masa tu. Aku pandang si dia. Dia lagi pucat dari aku haha Akhirnya surat si dia terkantoi jua di tangan ustaz. Pengetua sekolah pulak tu ! Masa tu nak nangis pun ada. Redha. Fathirah , Anas masuk bilik saya sekarang ! Tegas suara ustaz.. Sungguh malu sangat masa tu tapi aku gagah jua mengaku kesilapan sendiri. Sampai bilik ustaz, ustaz suruh kami berdiri sebelah-sebelah. Pertama kali masuk bilik pengetua sebab buat salah ! Macam-macam soalan ustaz. Betul kome bercinta? Udoh gatai sangat nak kawin ke? Amboii saya suruh kamu mengaji quran Fathirah, Harumkan nama sekolah bukan bercinta. Sedih aku ! Masih terngiang-ngiang suara tegas ustaz kat aku samabil memerli-merli kami. Sepanjang dalam bilik ustaz, ustaz pegang pembaris kayu.. Kadang-kadang pembaris tu terkena aku dan kadang-kadang terkena si dia. Namun , peristiwa tu tak mematahkan semangat si dia mempertahankan cinta si dia kat aku. Masa birthday aku dia bagi hadiah. Tahu tak apa? Al-Quran ! Aku masih guna sampai sekarang. Waktu cuti asrama dia selalu bagi nasi impit dengan kuah kacang kat aku.. tahu-tahu je dia aku minat nasi impit dengan kuah kacang ! haha Akhirnya aku pun macam dah sangkut je dengan si dia nie. Walaupun kadang-kadang aku sendiri comfuis dengan perasaan sendiri. Hasil gosip-gosip dari kawan-kawan buat ramai menganggap kami couple, si dia sendiri mengistilahkan aku ni couple dia. Ntah bila aku setuju aku pun tak tahu haha Sampai aku form 2 kami di gosipkan dan dianggap bercinta. Macam-macam peristiwa, cukuplah aku menutup aib diri ini yang jahil membenteng diri sendiri. Lemahnya aku. Sungguh aku malu -_-
Alhamdulillah, Allah memisahkan kami sehingga hari ini, aku tak pernah jumpa dia sejak dari tingkatan 3 sehingga hari ini. Cuma kadang-kadang aku turut mengikuti perkembangan si dia di fb dan kawan-kawanku. Kebetulan si dia dipindahkan sekolah ketika tingkatan 3 manakala aku turut berpindah pada tahun berikutnya. Alhamdulillah kini si dia berada di UPSI, minat jadi guru katanya, moga cita-cita murni si dia di makbulkan Yang Esa, Si dia jugak dah banyak berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin jauh lebih baik dari aku. Moga Allah pertemukan si dia dengan yang lebih berhak. Terima kasih kerana pernah mencintai diri ini, mengambil berat, menghadiahkan macam-macam, serta pernah menjadi insan pertama yang berjaya mengajar diri ini mengenal cinta. Cukuplah kisah lalu buat kita muhasabah diri, jauhnya kita tersasar dari jalanNya, ibrah dari cinta islamik atau cinta monyet ini biarlah jadi pengalaman dan pengajaran buat kita berdua dan sesiapa yang berada di sekeliling kita. Sungguh, diri ini hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Anas agar dipertemukan zaujah yang solehah suatu hari nanti. ^_^
Skandal Kedua
Masa ni tingkatan empat tapi lebih banyak digosipkan waktu tingkatan lima. Sekolah baru, kawan-kawan baru. Nama si dia Safwatullah. Tengok nama compem islamik kan? Si dia merupakan antara yang Islamik dan menambat hati ramai perempuan kat sekolah. Aku bukan suka atau lebih senang bahasanya cinta si dia. Cuma minat-minat macam tu je. Lebih tepat kagum. Aceceh tak mengaku pulak haha Tapi hakikatnya hati mengatakan tidak hehe Sapa tak kagum melihat orang yang selalu jadi imam kat musolla, selalu azan, selalu puasa sunat dan selalu bangun qiamulail. Mana aku tahu? Biarlah rahsia haha Si dia biro dakwah asrama dan pengawas sekolah sama seperti aku. Aku sebenarnya sangat kagum tengok si dia dan keluarga si dia. Ayah dan umi si dia selalu datang sekolah lawat anak-anak walaupun hidup sangat sederhana. Datang jauh pulak tu dari KL. Sekolah kami kat bidor. Selain tu, keluarga si dia sangat akrab antara satu sama lain. Dan paling menambat hati si dia selalu dengan gaya berjubah dan berserban. Ada lagi yang menarik mengenai si dia yang buat aku selalu tertarik bila melihat si dia. Si dia susah nak bergurau atau bercakap dengan perempuan tanpa sebab. Macam-macam program kami diberi amanah oleh sekolah untuk pergi bersama hehe dan paling best, dua minggu sekali kami akan balik bas yang sama dari sekolah untuk balik KL hehe padahal semua budak KL naik bas tuu bila tiap kali cuti asrama haha Sampailah waktu nak SPM. Jadi rapat tiba-tiba.. Mungkin Allah nak uji kami, ditambah kawan-kawan nampak yang ke'fanatik' aku kat si dia. Apa lagi menjadi bahan usikan. Namun, tidaklah tersebar kisah kami sebab hakikatnya aku yang syok sendiri haha Apa yang menarik kisah si dia, sepanjang aku SPM, aku selalu ditemani si dia untuk balik KL bersama, disebabkan budak KL tingkatan 5 hanya 5 orang termasuk aku. Khuzairi dan Asifa selalu balik kampung bila ada gap untuk next paper. Jadi tinggallah aku, Nadia, dan si dia. Tapi Nadia biasanya akan turun Sungai Buloh, memandangkan rumah dia dekat situ. Jadi akan tinggalkan aku dan si dia yang akan terus ke KL. Jadi, menjadi masalah untuk aku nak pulang ke asrama dari rumah. Sebab aku tak ada teman sepanjang perjalanan aku untuk ke bidor. Ayah sangat bimbang tapi di sebabkan kenakalan aku , aku menceritakan tentang si dia yang turut akan naik bas yang sama dengan aku. Memandangkan hanya si dia yang ada, ayah membenarkan aku balik bersama si dia tapi dengan syarat seat kami tidak bersebelahan. Si dia juga bersetuju untuk teman aku sepanjang SPM, menunaikan amanah ayah aku untuk hanya memperhatikan keselamatan aku pergi dan balik. Antara kenangan yang melucukan dan sebenarnya aku turut malu bila mengenangkan peristiwa kami. Waktu tu puduraya tengah baiki jadi kami akan naik dari Bukit Jalil, Ayah akan temankan aku sehingga si dia turut ada dan sehingga bas kami bergerak. Namun, pada hari tersebut, si dia agak lambat menyebabkan bas kami hampir nak bertolak pergi. Namun, aku sempat memberitahu seat yang kosong tu seat kawanku. Macam-macam alasan ku. mengelabah gila takut si dia tertinggal yela nak exam esok. Tambah pula aku yang memegang tiket si dia memandangkan aku yang tolong belikan disebabkan hujan lebat waktu tu jadi si dia perlu naik LRT segera untuk balik, manakala ayah menemani aku membelikan tiket untuk balik nanti. Dalam 10 minit lepas tu baru si dia sampai. kelam kabut aku melihat si dia berlari ke arah bas kami, timbul rasa lega bila dia sampai jugak hehe aku memberikan tiket si dia namun belum sempat dia mencapai tiket dari aku, baru aku perasan seat sebelahnya seorang perempuan yang agak seksi pakaian nya. Lantas aku tarik tiket tu semula, cemburu pulak aku ni haha terkulat-kulat si dia melihat aksi pantas aku tadi. Dia yang agak kebingungan waktu tu buat muka blur hehe Sampai je bas di pondok bas di depan sekolah, laju dia mengucapkan terima kasih kepada ku. Dengan muka aku yang separuh blur, baru aku perasan yang si dia sudah memahami tindakan drastik aku tadi. haha malu kot, abaikan je haha sampai saja depan pintu pagar sekolah, mak cik guard tegur kami, pak we mak we ke?
Si dia hanya tersengih, aku? buat muka selamba je laa hehe
Alhamdulillah, sehingga hari ini susah nak hilangkan rasa kagum diri ini pada si dia dan ahli keluarganya. Akan aku simpan dan sematkan kata-kata si dia untuk aku tidak lagi kembali ke zaman untuk bergelumang dengan dosa. Banyak kata-kata si dia yang buat aku kembali menapak dan memijak kembali untuk berada di jalanNya. Terima kasih ya Rabbi, engkau masih memelihara hati kami untuk tidak saling mencintai yang bukan halal buat kami. Sekali lagi, Allah memelihara aku untuk tidak berjumpa si dia sepanjang hampir 3 tahun aku meninggalkan bangku sekolah. Pernah sekali ternampak kelibat si dia waktu pesta buku kat PWTC. Memandangkan aku sedikit kelam-kabut untuk pulang, manakala si dia pula sibuk berbual-bual bersama mualaf. Jadi kami tidak sempat untuk bertegur sapa. Sehingga lah rezeki aku untuk berjumpa sendiri dengan ayah si dia yang aku panggil Ustaz Fadli dan umi si dia yang aku panggil Ustazah Aisyah. Kawan-kawan kata muka kami sama hehe Tergerak hati kecil ini menjemput si dia dan ayah dan umi si dia untuk berkongsi pengalaman berdakwah di pendalaman Sabah. Alhamdulillah si dia sambut baik pelawaan aku. Hampri sehari aku bersama mereka. Bertambah kagum diri ini dengan keluarga yang penuh sakinah ni. Terbit rasa cemburu dalam hati ini melihat kebahagian mereka. Walaupun, Allah mempertemukan kami, namun, tiada peluang untuk kami saling tegur-menegur antara satu sama lain sepanjang program. Awa, terima kasih sudi menegur dan mengingatkan kekhilafan diri ini. Terima kasih sudi menjaga diri ini dan sama-sama laksanakan amanah sepanjang setahun bersama. Terima kasih sebab jadi sumber inspirasi terbaik diri ini untuk kekal menjadi solehah. Tak pernah awa tinggikan suara malah menghukum aku sebaliknya engkau selalu memberi tunjuk ajar kepada diri ini. InsyaAllah aku janji aku akan perbaiki diri ini. Moga engkau thabat dalam meneruskan perjuangan dakwahmu. Sungguh engkau sentiasa buat diri ini untuk jadi lebih baik dari hari ini. Engkau berhak menerima yang lebih baik dari diri ini. Terima kasih untuk segalanya ^_^
Skandal Ketiga
Sehingga saat ini, detik ini, cukuplah rasa kagum dan hormat ini dari aku untuk dirinya. Semester akhir sebelum aku tamatkan diploma aku di sini. Andai benar doakan kalian untuk aku dan dirinya. Sekali lagi, aku terima dengan hati terbuka. Buat Fawwaz, mungkin engkau sendiri tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan pada aku. Begitu juga aku. Sejujurnya, aku sangat menghormati dan kagum melihat dirimu yang sentiasa semangat memikul amanah menghafaz kalamNya, walaupun, telingamu, pernah aku bebelkan disebabkan kemalasan dan kelalaianmu dahulu, engkau tak pernah memarahiku malah engkau tidak mengenali aku waktu tu. Bukan sahaja nama, menegur aku pun tidak pernah. Ada perkara yang buat aku kagum melihat addin pada dirimu.. Cara pakaianmu, akhlakmu, kepimpinanmu, pemikiranmu, ketabahan dan kesungguhanmu.. Aku tak punya kesungguhan, ketabahan, budi pekertimu, sungguh aku cemburu. Aku juga menghafaz quran, namun, mengapa aku tidak kuat sepertimu. Padahal aku pernah mengatasi juzuk daripadamu seketika dulu. Aku pernah lebih baik darimu. Mengapa kini aku tidak lagi. Mengapa aku boleh berhenti dari hifzu? sedangkan aku jauh lebih baik dari mu. Bila melihat wajahmu, pasti satu persatu kenangan hifzu quran kembali, cukuplah kelibatmu dari jauh aku sudah cemburu melihat kelebihan yang ada pada dirimu. Fawwaz, terima kasih buat diri ini sedar kembali.. semuanya kerana kelemahan diri ini. Allahuakbar ! Moga benar katamu, berhenti tidak bermakna aku tidak menghafaz terus. Mohon doakan aku untuk teruskan perjuangan ini. Untuk kekal memburu hafizah quran. Untuk aku capai impian aku yang satu. Alhamdulillah, kini aku cuba untuk hafaz sendiri. Tak banyak hanya sikit-sikit sehari. Moga separuh yang aku dah hafaz ini menjadi saksi ketabahan dan kesabaran aku untuk didik diri menjadi solehah. Moga kau juga terus tabah meniti hari-hari mendatang. Terima kasih kerana sudi hadir menjadi sumber inspirasi walaupun aku yakin engkau tidak pernah mengetahui.
.........................................................................................................................................
Sungguh malu , terlalu lemah diri ini dengan setiap godaan syaitan. Siapalah aku untuk menutup dan berkata tidak untuk turut bercinta. Cukuplah pengalaman pertama yang banyak menegur aku untuk tidak melakukan kembali kesesatan, menutupkan hati dengan maksiat. moga Allah sentiasa memelihara diri ini agar jauh dari perkara yang melalaikan dan membutakan hati untuk kembali lekan dengan godaan.
Ya Rabbi.. aku malu dengan diri aku sendiri. Aku terlalu megejar keasyikkan dunia, sikit aku tidak pernah takut dengan azabMu menyebabkan aku makin jauh denganMu dan kalamMu, Ya Rabbi, aku memohon , engkau peliharalah hati kecil ini. Biarlah ia mengasihi yang berhaknya. Andai benar jodoh aku bersama dia, hadirkanlah rasa cinta ini di jalanMu. Temukan kami di bawah rahmat dan kasih sayangMu. Janganlah engkau biarkan kami sesat, jahil menilai diri kami. Ya Rabbi.. Jadilah aku wanita solehah untuk agamaMu, puteri solehah untuk ibu ayah dan ahli keluargaku, zaujah solehah untuk zauj ku, ibu solehah untuk bakal anak-anakku.. Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Perkenankan doakan..Allahuma aamiin..
Cukuplah sekadar aku tegasan di sini, sungguh hati kecil ini masih di rawat dan dipelihara daripada unsur-unsur yang me'lagha'kan. Sekiranya ada yang sudi pada insan yang dhoif lagi jahil ini, aku mohon teruslah berjumpa ibu dan ayahku. Cukuplah pengalaman lepas buat aku cukup serik untuk terus berharap. Banyak perkara yang aku belajar. Aku mohon jangan ganggu hati kecil ini. Cukuplah sekali seumur hidupku. Bagilah peluang untuk aku mencari Jannahku.
Moga kalian mengerti..
^________^
p/s:
Apa yang menarik tentang skandal-skandal aku?
Mereka semua berkulit hitam manis, macam tahu-tahu test aku ni hehe
*mohon ambil ibrah dari kisah hamba yang lemah ini :)
No comments:
Post a Comment