Assalamualaikum w.b.t..
Terasa sekian lama tinggalkan blog yang dah makin bersawang-sawang, bukan sengaja ada sebab ye.. last bukak rasa nya tahun 2011, sekarang dah 2013 ! lamanya blog nie tak bertuan hehe harap entri kali ini sedikit sebanyak mengingatkan diri kita selagi ada peluang dan ruang tingkatkan usaha jangan berputus asa ok !
lagu gerimis nyanyian Dehearty menemani sepanjang coretan ku
Hapuskan kekecewaan bangkitlah dari permulaan wahai diri fathirah !
Benarlah setiap ujian itu anugerah.. disebaliknya ada janji
dariNya yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.. aku juga tidak pernah
terlepas diuji dan terus diuji.. semakin dewasa semakin besar cabaran yang aku
tempuh.. ada perkara buat aku rasa aku perlu untuk bangkit kembali dan
kadang-kadang ada timbulnya rasa untuk aku perlu perbaiki diri… kenangan ni dah
lama berlalu namun walaupun perkara kecil di mata mereka yang melihatnya namun
bagiku tak sama bagi aku yang menanggungnya…
Usai tolong ibu ajar mengaji seperti kebiasaannya.. lantas
aku terus ke dapur bagi mengisi perut yang dah berirama riang sejak tadi.. usai
makan satu SMS dari biela masuk ke inbox ku.. laju aku membacanya..’tiera hifzu
tak da ke sem depan…’ ringkas mesej biela namun aku hampir terduduk dan pinggan
di tanganku yang penuh sabun waktu itu seakan-akan nak terlepas dari
genggamanku.. ‘ya Allah berita apakah yang aku bakal terima ini…’ aku membalas
mesej biela penuh tanda tanya maksud apa sebenarnya.. sekali lagi nama bilea
tentera di handphone ku.. ‘xda lah,biela tengok dlm jadual xda pun.. ‘ kali ini
aku gagal mengimbangi diriku aku tersandar di tepi almari ….
………………..
Satu malam biela tekad nak juga buat perjumpaan dengan
muslimin sebelum start kelas esok.. aku menuruti sahaja walaupun berat
sebenarnya nak jelaskan perkara sebenar..
Aku lihat naimah dan biela agak tenang waktu 2.. aku cuba
kuat simpan sebak di hati.. Fawwaz memulakan liqo kami.. dari sudut wajahnya
aku lihat dia cukup tenang.. ‘Ya Allah, jadikanlah satu pilihan yg tepat utk
aku buat keputusan..bantu aku ya Allah’
‘inshaAllah sem nie kte cuba improve diri.. Saya cadang
kita buat perjumpaan kita2 untuk cuba cari biah menghafaz selain itu saya ingat
nak print out ayat-ayat quran dan tampalkan kat bilik..’ penuh semangat fawwaz
berkata-kata malam tu..
‘semangatnya dia nie.. ya Allah macamna nak mulakan nie…’
Fawwaz teruskan perbincangan..
‘saya nak tahu muslimat semua nak drop ke? Saya ada dengar
nak drop.. betul ke?’
‘kte tak nak dah..’ jawab naimah
Aku pula segera mengangguk bila ditanya.. ‘betul ke nak
drop nie.. Allahurabbi..’ aku bermonolog sendiri..
………………………………………
‘saya setuju aja. Bila tu?’ msg fawwaz memenuhi inbox ku.
Aku bercadang nak kumpul semua sepuluh orang nie even kami dah tak amek dah
hifzu selepas nie.. Dari dulu aku sentiasa berharap kami dapat kumpul semula
macam awal-awal semester 3 dulu.. Hari demi hari.. akhirnya hasil sepakat kami
memilih tarikh 16 12 2013 untuk buat
sedikit makan2 bersama ustaz wan, murabbi kami..
‘Salam. Pada pkul 7.30 mlm ini, ada jamuan hifzu bsama ustz
wan. Tempat di kafe halimah (bilik aircond). Sila dtg yer J ‘ sekali lagi msg fawwaz mengingatkan pasal
jamuan malam nie..
‘Orite J yg
lain dah tahu ke? ‘ balas ku ringkas..
‘Laki dh. Tlong msg ustz wan yer. Ingatkan ustaz. Ustz dtg
jam 7.45’ balas fawwaz memberi arahan..
‘okay..’ balasku..
Seleraku mati tengahari itu. Bukan sebab msg fawwaz tadi
tapi mungkin aku sendiri tak cukup rehat.. kepala pun agak berat.. pening
menerjah seketika di kepalaku..
‘Argghh tak boleh rehat-rehat ni koktail tak buat lagi
pukul 4 ada kelas nanti tak sempat..’ aku bermonolog sendiri..
Usai solat zohor biela membantu ku menyiapkan koktail untuk
makan malam nie.. Aku tutup bekas koktail dgn rapat agar semut tak singgah masuk
pulak nanti. Jam sudah menunjukan 3.20 petang.. ‘biela siaplah nanti lambat
pulak.. biar kita kemas biela nak pergi awal kan..’ tanyaku. ‘aah, tak pe ke tiera buat sorang? ‘ ‘kemas je pun
biarlah kat situ.. kita buat..’ balasku
Usai solat maghrib.. aku bersiap-siap nanti lambat pula..
‘ya Allah aku mohon sedikit kekuatan utk hari nie..
cukuplah hanya utk mengembirakan dan menyenangkan hati guruku,
sahabat-sahabatku.. aku tak minta semua ini dibalas. Ku pohon berikan aku
kekuatan dan sembuhkanlah kesakitan ku tanggung ini ya Allah..’ monolog aku sendiri..
‘Tiera nak susun macamana kerusi nie?..’ soal biela.. ‘ikut
biela la kita okay je..’ jawabku ringkas. aku sebenarnya tak larat sangat waktu
itu.. perutku benar-benar sakit.. dari pagi lagi sebenarnya. Tak hilang-hilang
pulak sakitnya. walaupun hampir 8 tahun aku pernah mengalaminya dan
menangungnya namun entah kenapa malam itu sakit tu terasa lain sangat..’ pedih
nya ya Allah..’ kepalaku masih berdenyut kuat..’ya Allah pinjamkan aku sedikit
kekuatan utk raikan guruku dan sahabat-sahabatku…’ aku pejam mata cuba cari
sedikit kekuatan..
‘fathirah kenapa? Macam risau je..’ tanya Fatimah bila
tengok aku asyik merenung-renung handset di tgnku..
‘eh tak ada apa.. nie mak cik murtabak tak sampai lagi..
kata sebelum maghrib.. risau pulak susahkan dia.. manalah kita tahu dia tak
buat penghantaran. Nak pergi amek memang tak sempat la…’ jawabku berdalih namun hakikatnya turut risau dengan murtabak yang dijanjikan.. Tapi
memang salah aku juga sebenarnya pakai order je bukan nak bertanya dia buat
servis penghantaran ke tak kalau orang order.. maaf ye mak cik saya pakai
cuba-cuba je.. hehe
‘Ustaz sampai… ‘ jerit naimah.. Muslimin sambut ustaz. Ustaz bawak zaujah ustaz malam
tu.. comel berpurdah.. ustaz baru akad nikah semalamnya.. pengantin baru la
katakan.. hehe
Fawwaz memulakan jamuan malam itu.. aku duduk disebelah
zaujah ustaz.. samar-samar aku dengar suara fawwaz malam itu.. sakitku
menyerang semula..ku pegang perutku.. ‘sakitnya yaAllah.. ku mohon berikan aku
sedikit kekuatan utk bersama ustaz dan isteri ustaz sekejap ya Allah..’ doaku
jauh disudut hati..
‘Mak cik dah sampai nie.. kafe halimah ye..?’ mak cik
murtabak menelefon ku sewaktu ustaz sedang cakap.. aku memang tak dengar sangat
apa yg ustaz cakapkan waktu itu.. tak boleh nak fokus macam-macam aku fikir..
aku cuba fokus namun gagal.. suara ustaz samar-samar mungkin disebabkan aku
jauh sedikit dari ustaz.. ditambah pula..
‘murtabak tak amek lagi…’
‘sakit lagi..’
Aku bangun sekejap.
Mak cik murtabak tu dah sampai..
‘akak saya keluar
jap ye..’ aku minta izin utk keluar sekejap.. ambil murtabak..
‘Allah.. comel nie boleh buat menantu…’ ujur salah seorang
mak cik dalam
kereta tu sewaktu aku bersalam dengan kedua dua mak cik murtabak
tu..
Aku tersenyum.. ‘eh tak adalah mak cik..’ laju aku
menjawabnya..malu aku dibuatnya.. sempat mak cik nie nak usik aku..
macam-macamlah..
‘ Lima ringgit lagi tak apalah kami belanja.. anak order
kebetulan je kan..’ ujur mak cik tu..
‘eh tak boleh mak cik.. banyak nie kalau tolok lima
ringgit.. duit minyak mak cik datang sini lagi.. tak pe biar saya bayar lebih
sikit.. pantas aku keluarkan
not RM 10. Laju mak cik tu mengenggam tanganku..
menolak pemberianku.
‘Tak pe nak.. mak cik ikhlas.. jumpa anak pun mak cik
seronok dah.. tak ada apalah sekali sekala dtg unisza nie hah..’ balas mak cik
tu..
‘ye dik.. simpan duit tu.. buat belanja kat universiti
nie..’ senyum mak cik sorang lagi agak muda dari yang tadi.. walaupun aku kurang faham lohghat terengganu
nya aku cuba meraikannya..
‘terima kasih mak cik.. terima kasih akak..’ balas ku..
‘kami balik dulu lah.. nanti nak order lagi jangan malu-malu
ye…’ pesan mak cik tu.. aku segera bersalam salaman dgn keduanya..
Lama pula mak cik tersebut memegang tanganku.. raut
wajahnya ku tenung. Rasa bersalah aku dibuatnya menyusahkan mak cik nie
hantarkan murtabak yg aku order nie..
‘belajar sungguh-sungguh ye nak.. ’ pesan mak cik tadi..
aku mengangukkannya..
‘wat menantu je la kak..’ gurau mak cik sorang lagi..
diselangi gelak ketawa kedua mak cik tersebut.. aku hanya tersenyum.. ‘ada-ada
jela mak cik mak cik ini..’
Aku segera masuk semula ke kafe.. lama pulak aku kat luar
nie.. aku letak semua murtabak di atas meja.. aku tak puas dengar pesanan ustaz malam tu.. aku rindu teguran
ustaz..
‘eh nape tak habis.. macam tak selera je..’ tegur zaujah
ustaz..
‘dah kenyang la akak..’ balasku.. Mungkin terlalu penat
hari ini aku tak da selera lagi nak makan.. tambah pula aku masih rasa sakit
menyebabkan terbantut seleraku malam tu walaupun sepanjang hari nie aku belum
menjamah walaupun sedikit makanan..
Usai ustaz balik.. aku segera berkemas-kemas.. aku benar-
benar tak larat.. lagi pun biela ada hal lepas jamuan tu.. Fatimah pula ada
meeting.. tinggal naimah je.. itu pun kalau lewat nanti susah pulak naimah nak
balik..
‘Fawwaz, berapa duit makanan nie? Cukup tak?’ Tanyaku
Aku keluarkan not RM 50..
‘Eh lebih nie..’ balas fawwaz..
‘Ambilah dulu.. tak da duit kecik ni nanti yg lebih pulang
la semula..’ balasku. Terasa agak tinggi suaraku padanya.. maaf ye fawwaz.. terkasar pulak..
‘hah okay..’ ujur fawwaz..
Kami muslimat minta izin balik dulu..
Usai solat isya’, aku capai handset ku.. segeraku msg
fawwaz.. nak ucap terima kasih di tambah rasa bersalah meninggikan suara padanya tadi…
‘Dh bayar dh kt mkcik tu.. duit lbh nanti sy bg. Gambar
upload kt group fb ye. J ‘
balas fawwaz..
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.. jauh di sudut hati
syukur Alhamdulillah aku dapat kumpulkan kembali bersama ustaz wan dan
sahabat-sahabat yang lain walaupun dalam masa yg sekejap sangat sebenarnya…
‘terima kasih ya Allah.. ‘
……………………………………
‘kita tetap kawan ye fathirah..’ satu ketika dulu msg dr
naimah..
Sungguh aku sebak waktu terima msg tu.. naimah sahabat
paling banyak memberi tak pernah
menjatuhkan.. sentiasa bagi semangat.. dorongan.. walaupun semester 3 baru kami
rapat serapatnya.. aku tak pernah terfikir nak drop.. aku tak tahu macamna
sedrastik aku mengangguk waktu fawwaz tanya waktu malam perbincangan hifzu hari
itu.. aku nampak dari raut air mukanya dia seakan memujuk kami muslimat
teruskan lagi hifzu quran ni.. Sungguh berat buat aku nak tinggalkan hifzu
sebab menghafaz bukan satu yang mudah utk aku.. aku tak sehebat orang lain.. aku
tahu tahap kemampuan ku..namun aku sendiri dah tak semangat bila naimah tekad
nak berhenti hifzu.. sapa lagi nak bagi semangat dorongan teguran selain
naimah.. aku tak kuat.. bila halangan demi halangan datang.. aku lah paling
semangat amek tahu hal-hal muslimin sebab aku nak hifzu quran macam awal-awal
semester 3 dulu.. aku sanggup jumpa fawwaz, asyraf,syahmi waktu lepas final
hari itu.. dengan harapan muslimin berubah..
……………………………
Satu pengalaman keperitan yang aku lalui bukan untuk
meminta simpati jauh sekali meraih apa-apa balasan Cuma sekadar satu
perkongsian untuk pengajaran sesiapa yang membacanya.. aku menulis kerana aku
khuatir aku mengulangi kesilapan yang sama dan aku bimbang ia bakal luput dalam
ingatanku. Hanya kerana ia satu-satunya kenangan yang aku ada selama
dengannya.. Aku tak minta dibalas. Hifzu quran sem 3 terlalu banyak mengajar
aku utk dekat dengan quran.. Dah hampir
ke semester 5.. cepat sungguh masa berlalu, sungguh aku terlalu rindu nak ke
kelas tasmik, malam-malam mengaji, bangun awal pagi.. sungguh pengalaman paling
mendidik buat aku yang sentiasa lagha nie.. semester baru ni aku
dipertanggungjawabkan memegang salah satu jawaatan dalam PERSADA.. Allahuakhbar
berat nya memikul amanah nie.. makin sedikit ruang ku untuk bersama quran..
risau melalaikan.. menjaga ikhtilat lagi..moga dijauhkan sesuatu yang
memudaratkan aku makin jauh dari quran.. moga usaha sehari sehelai muka nie
dibekalkan kecekalan kesungguhan dan istiqamah sehingga akhirnya..moga ada lagi
kesempatan utk aku bergelar hamlatul quran.. J
‘ya Rabb.. andai ini ujian buat aku. Berikan aku kekuatan
utk menempuhinya.. aku yakin pasti ada hikmah utk ku.. jadikanlah aku anak yg
solehah.. berikan aku kesempatan utk berbakti buat ibu ayah ku.. berikanlah aku
peluang sekali lagi menghafaz kalam muliaMu ya Allah.. mudahkanlah
sahabat-sahabatku yg masih meneruskan hafazan mereka. Engkau berkatilah usaha
mereka.. moga mereka sentiasa istiqamah dalam perjuangan mereka.. Aamiin'
Letak harapan kepada Allah, kita pasti takkan kecewa :)
Buat sahabat2 hifzu dari semester satu sehingga semester tiga.. maaf andai sepanjang bersama kalian diri ini penuh khilaf.. moga kita semua bakal digelar HUFFAZ.. insyaAllah..
Buat murabbi yang dihormati , ustaz atarahim dan ustaz wan mohd khairul firdaus terima kasih sudi memperbetulkan bacaan, memberi nasihat dan teguran, sudi melayan karenah , sabar dengan telatah dan ragam, moga kalian sentiasa di bawah payungan redha Illahi di dunia mahupun di akhirat.. buat sahabat khususnya semester 3 , terima kasih mengajar diri ini terus sabar dan cekal.. terima kasih sentiasa ada saat susah mahupun senang.. bersama kalian pada semester ni terasa sedikit rajin dan bersemangat menghafaz quran namun ada ujian buat kita semua di mana adakah kita benar-benar inginkan quran di sisi kita.. aku lah insan yang paling tewas , sungguh kalian cukup hebat.. buat sahabat yang masih istiqamah meneruskan perjuangan semoga kalian terus bersemangat dan dikuatkan hati untuk mengagungkan kalam Allah..
:Naimah:Nabila:Fatimah:Fawwaz:Asyraf:Syahmi:Syafaat:Adib:Zaki:
May Allah bless you all !
No comments:
Post a Comment