Hawa,
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu dan dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau hentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa jangan..jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah..
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau akan jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seorang lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya, tapi merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam…dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
Kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan..
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, cukuplah hanya cinta daripada ibubapa yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik dan keluarga yang membahagiakan dirimu..
No comments:
Post a Comment