Friday, 6 December 2013

AKU DAN SKANDAL-SKANDALKU

Bismillahirahmanirrahim..

Terasa amat lama tak melangkah menghiasi ruang-ruang entri kat blog ni..Maaf kekangan masa untuk menulis. Hari ni terasa untuk menulis satu kisah diri sendiri sekali lagi.. Cukuplah diluahkan disini, tanpa sebarang pertanyaan selepas ni..

Skandal?

Sepanjang 20 tahun ni.. macam-macam cara kawan-kawan ganding-gandingkan aku dengan insan yang jauh lebih baik dari diri ini.. Namun, hati kecil ni bukan milik siapa-siapa yang di'skandal'kan, cukuplah ia terisi dengan cinta kepada ibu, ayah,dan ahli keluargaku.. Belum masa lagi untuk aku mencari kekasih hati.. Ilmu masih sikit untuk membentuk keluarga yang sakinah di masa akan datang.

Skandal Pertama 

Masa tingkatan satu waktu tu, amat kelakar gandingan kami namun, cukuplah sekadar peringatan diri ini untuk tidak lagi kembali zaman jahiliyyah ni. Si dia di beri nama Anas, surat cinta pertama yang aku pernah dapat. Muka waktu terima tu jangan cakap, terkejut beruk la jugak hehe. Si dia tulis biodata diri dia, berkenan katanya.. Kawan-kawan waktu tu semua kata si dia admire, suka sama aku.. Geli geleman plak haha  Si dia mintak di balas, maka tangan yang jahil ketika tu balas la biodata ringkas tentang diri sendiri. Cinta monyet berlaku.. Kadang-kadang sangat rimas bila ada saja surat dari si dia. Si dia belanja aiskrim pak cik bawah pokok tu.. Dah orang belanja ambil je la kan. Maka kisah gosip-gosip percintaan kami tersebar luas satu sekolah. Maklumlah sekolah tak ramai student.  Satu peristiwa yang memang sampai sekarang segar dalam ingatan aku, kisah ni waktu tu tak da guru masuk dalam kelas, si dia tulis surat kat aku. Masa tu terasa amat terganggu sebab tengah siapkan kerja sekolah namun layan je.. Baru nak tulis waalaikumusalam, Ustaz Nizar, Pengetua sekolah masuk.. Cuak sangat terus konyok kertas masuk bawah meja. Muka jangan cakap pucat lesi haha  Ustaz perasan muka aku yang ketakutan tu, terus ustaz datang tegur, dekat ke arah meja aku. Masa tu duduk depan sekali. Ustaz tanya, sorok apa Fathirah dari saya? Aku menggelengkan kepala. Takut nak cakap tak pernah buat salah. Dahlah pengawas masa tu. Mesti pelik kan form 1 dah pengawas? Ceritanya macam ni, masa orentasi Ustaz kagum tengok kepetahan aku bercakap kat depan.  Perasan plak haha Jadi ustaz naikkan aku jadi pengawas. Baju putih sekolah seminggu dua je pakai pastu tukar baju pengawas hehe. Last-last ustaz selongkar meja aku. Cuak sangat masa tu. Aku pandang si dia. Dia lagi pucat dari aku haha Akhirnya surat si dia terkantoi jua di tangan ustaz. Pengetua sekolah pulak tu ! Masa tu nak nangis pun ada. Redha. Fathirah , Anas masuk bilik saya sekarang ! Tegas suara ustaz.. Sungguh malu sangat masa tu tapi aku gagah jua mengaku kesilapan sendiri. Sampai bilik ustaz, ustaz suruh kami berdiri sebelah-sebelah. Pertama kali masuk bilik pengetua sebab buat salah ! Macam-macam soalan ustaz. Betul kome bercinta? Udoh gatai sangat nak kawin ke? Amboii saya suruh kamu mengaji quran Fathirah, Harumkan nama sekolah bukan bercinta. Sedih aku ! Masih terngiang-ngiang suara tegas ustaz kat aku samabil memerli-merli kami. Sepanjang dalam bilik ustaz, ustaz pegang pembaris kayu.. Kadang-kadang pembaris tu terkena aku dan kadang-kadang terkena si dia. Namun , peristiwa tu tak mematahkan semangat si dia mempertahankan cinta si dia kat aku. Masa birthday aku dia bagi hadiah. Tahu tak apa? Al-Quran ! Aku masih guna sampai sekarang. Waktu cuti asrama dia selalu bagi nasi impit dengan kuah kacang kat aku.. tahu-tahu je dia aku minat nasi impit dengan kuah kacang ! haha  Akhirnya aku pun macam dah sangkut je dengan si dia nie. Walaupun kadang-kadang aku sendiri comfuis dengan perasaan sendiri. Hasil gosip-gosip dari kawan-kawan buat ramai menganggap kami couple, si dia sendiri mengistilahkan aku ni couple dia. Ntah bila aku setuju aku pun tak tahu haha   Sampai aku form 2 kami di gosipkan dan dianggap bercinta. Macam-macam peristiwa, cukuplah aku menutup aib diri ini yang jahil membenteng diri sendiri. Lemahnya aku. Sungguh aku malu -_- 

Alhamdulillah, Allah memisahkan kami sehingga hari ini, aku tak pernah jumpa dia sejak dari tingkatan 3 sehingga hari ini. Cuma kadang-kadang aku turut mengikuti perkembangan si dia di fb dan kawan-kawanku. Kebetulan si dia dipindahkan sekolah ketika tingkatan 3 manakala aku turut berpindah pada tahun berikutnya. Alhamdulillah kini si dia berada di UPSI, minat jadi guru katanya, moga cita-cita murni si dia di makbulkan Yang Esa, Si dia jugak dah banyak berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin jauh lebih baik dari aku. Moga Allah pertemukan si dia dengan yang lebih berhak. Terima kasih kerana pernah mencintai diri ini, mengambil berat, menghadiahkan macam-macam, serta pernah menjadi insan pertama yang berjaya mengajar diri ini mengenal cinta. Cukuplah kisah lalu buat kita muhasabah diri, jauhnya kita tersasar dari jalanNya, ibrah dari cinta islamik atau cinta monyet ini biarlah jadi pengalaman dan pengajaran buat kita berdua dan sesiapa yang berada di sekeliling kita. Sungguh, diri ini hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Anas agar dipertemukan zaujah yang solehah suatu hari nanti. ^_^

Skandal Kedua

Masa ni tingkatan empat tapi lebih banyak digosipkan waktu tingkatan lima. Sekolah baru, kawan-kawan baru. Nama si dia Safwatullah. Tengok nama compem islamik kan? Si dia merupakan antara yang Islamik dan menambat hati ramai perempuan kat sekolah. Aku bukan suka atau lebih senang bahasanya cinta si dia. Cuma minat-minat macam tu je. Lebih tepat kagum. Aceceh tak mengaku pulak haha  Tapi hakikatnya hati mengatakan tidak hehe Sapa tak kagum melihat orang yang selalu jadi imam kat musolla, selalu azan, selalu puasa sunat dan selalu bangun qiamulail. Mana aku tahu? Biarlah rahsia haha  Si dia biro dakwah asrama dan pengawas sekolah sama seperti aku. Aku sebenarnya sangat kagum tengok si dia dan keluarga si dia. Ayah dan umi si dia selalu datang sekolah lawat anak-anak walaupun hidup sangat sederhana. Datang jauh pulak tu dari KL. Sekolah kami kat bidor. Selain tu, keluarga si dia sangat akrab antara satu sama lain. Dan paling menambat hati si dia selalu dengan gaya berjubah dan berserban. Ada lagi yang menarik mengenai si dia yang buat aku selalu tertarik bila melihat si dia. Si dia susah nak bergurau atau bercakap dengan perempuan tanpa sebab. Macam-macam program kami diberi amanah oleh sekolah untuk pergi bersama hehe dan paling best, dua minggu sekali kami akan balik bas yang sama dari sekolah untuk balik KL hehe padahal semua budak KL naik bas tuu bila tiap kali cuti asrama haha Sampailah waktu nak SPM. Jadi rapat  tiba-tiba.. Mungkin Allah nak uji kami, ditambah kawan-kawan nampak yang ke'fanatik' aku kat si dia. Apa lagi menjadi bahan usikan. Namun, tidaklah tersebar kisah kami sebab hakikatnya aku yang syok sendiri haha Apa yang menarik kisah si dia, sepanjang aku SPM, aku selalu ditemani si dia untuk balik KL bersama, disebabkan budak KL tingkatan 5 hanya 5 orang termasuk aku. Khuzairi dan Asifa selalu balik kampung bila ada gap untuk next paper. Jadi tinggallah aku, Nadia, dan si dia. Tapi Nadia biasanya akan turun Sungai Buloh, memandangkan rumah dia dekat situ. Jadi akan tinggalkan aku dan si dia yang akan terus ke KL. Jadi, menjadi masalah untuk aku nak pulang ke asrama dari rumah. Sebab aku tak ada teman sepanjang perjalanan aku untuk ke bidor. Ayah sangat bimbang tapi di sebabkan kenakalan aku , aku menceritakan tentang si dia yang turut akan naik bas yang sama dengan aku. Memandangkan hanya si dia yang ada, ayah membenarkan aku balik bersama si dia tapi dengan syarat seat kami tidak bersebelahan. Si dia juga bersetuju untuk teman aku sepanjang SPM, menunaikan amanah ayah aku untuk hanya memperhatikan keselamatan aku pergi dan balik. Antara kenangan yang melucukan dan sebenarnya aku turut malu bila mengenangkan peristiwa kami. Waktu tu puduraya tengah baiki jadi kami akan naik dari Bukit Jalil, Ayah akan temankan aku sehingga si dia turut ada dan sehingga bas kami bergerak. Namun, pada hari tersebut, si dia agak lambat menyebabkan bas kami hampir nak bertolak pergi. Namun, aku sempat memberitahu seat yang kosong tu seat kawanku. Macam-macam alasan ku. mengelabah gila takut si dia tertinggal yela nak exam esok. Tambah pula aku yang memegang tiket si dia memandangkan aku yang tolong belikan disebabkan hujan lebat waktu tu jadi si dia perlu naik LRT segera untuk balik, manakala ayah menemani aku membelikan tiket untuk balik nanti.  Dalam 10 minit lepas tu baru si dia sampai. kelam kabut aku melihat si dia berlari ke arah bas kami, timbul rasa lega bila dia sampai jugak hehe aku memberikan tiket si dia namun belum sempat dia mencapai tiket dari aku, baru aku perasan seat sebelahnya seorang perempuan yang agak seksi pakaian nya. Lantas aku tarik tiket tu semula, cemburu pulak aku ni haha terkulat-kulat si dia melihat aksi pantas aku tadi. Dia yang agak kebingungan waktu tu buat muka blur hehe  Sampai je bas di pondok bas di depan sekolah, laju dia mengucapkan terima kasih kepada ku. Dengan muka aku yang separuh blur, baru aku perasan yang si dia sudah memahami tindakan drastik aku tadi. haha malu kot, abaikan je haha  sampai saja depan pintu pagar sekolah, mak cik guard tegur kami, pak we mak we ke?
Si dia hanya tersengih, aku? buat muka selamba je laa hehe  

Alhamdulillah, sehingga hari ini susah nak hilangkan rasa kagum diri ini pada si dia dan ahli keluarganya. Akan aku simpan dan sematkan kata-kata si dia untuk aku tidak lagi kembali ke zaman untuk bergelumang dengan dosa. Banyak kata-kata si dia yang buat aku kembali menapak dan memijak kembali untuk berada di jalanNya. Terima kasih ya Rabbi, engkau masih memelihara hati kami untuk tidak saling mencintai yang bukan halal buat kami. Sekali lagi, Allah memelihara aku untuk tidak berjumpa si dia sepanjang hampir 3 tahun aku meninggalkan bangku sekolah. Pernah sekali ternampak kelibat si dia waktu pesta buku kat PWTC. Memandangkan aku sedikit kelam-kabut untuk pulang, manakala si dia pula sibuk berbual-bual bersama mualaf. Jadi kami tidak sempat untuk bertegur sapa. Sehingga lah rezeki aku untuk berjumpa sendiri dengan ayah si dia yang aku panggil Ustaz Fadli dan umi si dia yang aku panggil Ustazah Aisyah. Kawan-kawan kata muka kami sama hehe Tergerak hati kecil ini menjemput si dia dan ayah dan umi si dia untuk berkongsi pengalaman berdakwah di pendalaman Sabah. Alhamdulillah si dia sambut baik pelawaan aku. Hampri sehari aku bersama mereka. Bertambah kagum diri ini dengan keluarga yang penuh sakinah ni. Terbit rasa cemburu dalam hati ini melihat kebahagian mereka. Walaupun, Allah mempertemukan kami, namun, tiada peluang untuk kami saling tegur-menegur antara satu sama lain sepanjang program. Awa, terima kasih sudi menegur dan mengingatkan kekhilafan diri ini. Terima kasih sudi menjaga diri ini dan sama-sama laksanakan amanah sepanjang setahun bersama. Terima kasih sebab jadi sumber inspirasi terbaik diri ini untuk kekal menjadi solehah. Tak pernah awa tinggikan suara malah menghukum aku sebaliknya engkau selalu memberi tunjuk ajar kepada diri ini. InsyaAllah aku janji aku akan perbaiki diri ini. Moga engkau thabat dalam meneruskan perjuangan dakwahmu. Sungguh engkau sentiasa buat diri ini untuk jadi lebih baik dari hari ini. Engkau berhak menerima yang lebih baik dari diri ini. Terima kasih untuk segalanya ^_^


Skandal Ketiga

Aik? Macam ramai je skandal ni haha  InsyaAllah yang ni terakhir untuk terakhir kalinya. Nama si dia Fawwaz, Satu fakulti tapi berbeza kos tapi satu kelas untuk kursus elektif fakulti, Hifzu Quran. Sampai masuk u ada skandal kan aku ni. hehe  Sapa fawwaz ni? Macamana kenal? kami tak bercinta cuma aku dijadikan bahan gosip oleh kawan-kawan pada mulanya. Mungkin sebab aku suka cerita pasal si dia kot. Bukan senang Fathirah nak cerita bab-bab muslimin ni hehe aceceh alim plak. Namun, sebenarnya aku hanya kagum dan teramat kagum dengan si dia. Kenapa? Sebab ntah la aku pun binggung dengan perasaan aku sendiri. Nak kata suka, sanggup aku mengatakan tidak berpuluh ribu kali, untuk kata tidak suka macam tersangat la imposibble hehe Jadi senang cerita aku la syok sendiri tengok si dia ni hehe sedih je ayatnya haha  Apa yang menarik dengan si dia? Sebab dia hafal quran kot. Aku start melting dengan si dia waktu aku tengok kesanggupan si dia menunaikan hasrat terakhir aku waktu aku Hifzu Quran. Semua si dia settlekan, mesej terakhir sebelum program kami, buat aku sangat terharu. Dan mesej terakhir ucapan terima kasih si dia selepas program buat aku kekal berdiri semangat untuk teruskan perjuangan. Sungguh di saat ramai menjatuhkan semangat aku, dia yang tampil memberikan semangat. Sekali lagi, syaitan mengetuk pintu ini untuk kembali ke zaman lampau. Alhamdulillah iman ini masih utuh dan dipelihara olehNya. Aku cuba gagah untuk tidak lagi jatuh cinta sebelum masanya. Andai benar doa dari sahabat-sahabat tentang kami. Aku terima sepenuh hati. Moga Allah lindungi hati ini. Tak banyak peristiwa antara kami memandangkan aku hanya 3 sem join kelas hifzu quran, selebihnya hanya si dia dan dua muslimin sehingga ke sem 6. Lagipun, kelas dan jadual kami tak sama. Terlalu sukar untuk aku turut terserempak dengan si dia dan berkerjasama dengan si dia lagi.Si dia antara orang hebat di batch aku. Dah la hafaz quran, pernah pegang PMKI, TYDP usuluddin, Kelab qasidah Unisza. Ntah mana pergi program je ada je muka si dia. Tak jadi baca doa, jadi pengerusi majlis ataupun pengarah program. Kadang-kadang ada jugak kawan-kwan perli niat aku pergi program di bawah pimpinan si dia sebab nak tengok si dia. Allahu Allah. Tidak pernah sama sekali. Moga Allah jauhkan perasaan tu. Aku pekak kan je telinga, siapa mereka untuk menilai keikhlasan hati ku. Aku yakin Allah punya asbab terbaik untuk aku. 

Sehingga saat ini, detik ini, cukuplah rasa kagum dan hormat ini dari aku untuk dirinya. Semester akhir sebelum aku tamatkan diploma aku di sini. Andai benar doakan kalian untuk aku dan dirinya. Sekali lagi, aku terima dengan hati terbuka. Buat Fawwaz, mungkin engkau sendiri tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan pada aku. Begitu juga aku. Sejujurnya, aku sangat menghormati dan kagum melihat dirimu yang sentiasa semangat memikul amanah menghafaz kalamNya, walaupun, telingamu, pernah aku bebelkan disebabkan kemalasan dan kelalaianmu dahulu, engkau tak pernah memarahiku malah engkau tidak mengenali aku waktu tu. Bukan sahaja nama, menegur aku pun tidak pernah. Ada perkara yang buat aku kagum melihat addin pada dirimu.. Cara pakaianmu, akhlakmu, kepimpinanmu, pemikiranmu, ketabahan dan kesungguhanmu.. Aku tak punya kesungguhan, ketabahan, budi pekertimu, sungguh aku cemburu. Aku juga menghafaz quran, namun, mengapa aku tidak kuat sepertimu. Padahal aku pernah mengatasi juzuk daripadamu seketika dulu. Aku pernah lebih baik darimu. Mengapa kini aku tidak lagi. Mengapa aku boleh berhenti dari hifzu? sedangkan aku jauh lebih baik dari mu. Bila melihat wajahmu, pasti satu persatu kenangan hifzu quran kembali, cukuplah kelibatmu dari jauh aku sudah cemburu melihat kelebihan yang ada pada dirimu. Fawwaz, terima kasih buat diri ini sedar kembali.. semuanya kerana kelemahan diri ini. Allahuakbar ! Moga benar katamu, berhenti tidak bermakna aku tidak menghafaz terus. Mohon doakan aku untuk teruskan perjuangan ini. Untuk kekal memburu hafizah quran. Untuk aku capai impian aku yang satu. Alhamdulillah, kini aku cuba untuk hafaz sendiri. Tak banyak hanya sikit-sikit sehari. Moga separuh yang aku dah hafaz ini menjadi saksi ketabahan dan kesabaran aku untuk didik diri menjadi solehah. Moga kau juga terus tabah meniti hari-hari mendatang. Terima kasih kerana sudi hadir menjadi sumber inspirasi walaupun aku yakin engkau tidak pernah mengetahui. 

.........................................................................................................................................

Sungguh malu , terlalu lemah diri ini dengan setiap godaan syaitan. Siapalah aku untuk menutup dan berkata tidak untuk turut bercinta. Cukuplah pengalaman pertama yang banyak menegur aku untuk tidak melakukan kembali kesesatan, menutupkan hati dengan maksiat. moga Allah sentiasa memelihara diri ini agar jauh dari perkara yang melalaikan dan membutakan hati untuk kembali lekan dengan godaan.

Ya Rabbi.. aku malu dengan diri aku sendiri. Aku terlalu megejar keasyikkan dunia, sikit aku tidak pernah takut dengan azabMu menyebabkan aku makin jauh denganMu dan kalamMu, Ya Rabbi, aku memohon , engkau peliharalah hati kecil ini. Biarlah ia mengasihi yang berhaknya. Andai benar jodoh aku bersama dia, hadirkanlah rasa cinta ini di jalanMu. Temukan kami di bawah rahmat dan kasih sayangMu. Janganlah engkau biarkan kami sesat, jahil menilai diri kami. Ya Rabbi.. Jadilah aku wanita solehah untuk agamaMu, puteri solehah untuk ibu ayah dan ahli keluargaku,  zaujah solehah untuk zauj ku, ibu solehah untuk bakal anak-anakku.. Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Perkenankan doakan..Allahuma aamiin..


Cukuplah sekadar aku tegasan di sini, sungguh hati kecil ini masih di rawat dan dipelihara daripada unsur-unsur yang me'lagha'kan. Sekiranya ada yang sudi pada insan yang dhoif lagi jahil ini, aku mohon teruslah berjumpa ibu dan ayahku. Cukuplah pengalaman lepas buat aku cukup serik untuk terus berharap. Banyak perkara yang aku belajar. Aku mohon jangan ganggu hati kecil ini. Cukuplah sekali seumur hidupku. Bagilah peluang untuk aku mencari Jannahku. 
Moga kalian mengerti..
^________^


p/s:

Apa yang menarik tentang skandal-skandal aku?

Mereka semua berkulit hitam manis, macam tahu-tahu test aku ni hehe


*mohon ambil ibrah dari kisah hamba yang lemah ini :)

Wednesday, 5 June 2013

Hifzu Quran Semester 3 Dalam Kenangan !

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.. 

Terasa sekian lama tinggalkan blog yang dah makin bersawang-sawang, bukan sengaja ada sebab ye.. last bukak rasa nya tahun 2011, sekarang dah 2013 ! lamanya blog nie tak bertuan hehe harap entri kali ini sedikit sebanyak mengingatkan diri kita selagi ada peluang dan ruang tingkatkan usaha jangan berputus asa ok ! 
Benarlah setiap ujian itu anugerah.. disebaliknya ada janji dariNya yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.. aku juga tidak pernah terlepas diuji dan terus diuji.. semakin dewasa semakin besar cabaran yang aku tempuh.. ada perkara buat aku rasa aku perlu untuk bangkit kembali dan kadang-kadang ada timbulnya rasa untuk aku perlu perbaiki diri… kenangan ni dah lama berlalu namun walaupun perkara kecil di mata mereka yang melihatnya namun bagiku tak sama bagi aku yang menanggungnya…

Usai tolong ibu ajar mengaji seperti kebiasaannya.. lantas aku terus ke dapur bagi mengisi perut yang dah berirama riang sejak tadi.. usai makan satu SMS dari biela masuk ke inbox ku.. laju aku membacanya..’tiera hifzu tak da ke sem depan…’ ringkas mesej biela namun aku hampir terduduk dan pinggan di tanganku yang penuh sabun waktu itu seakan-akan nak terlepas dari genggamanku.. ‘ya Allah berita apakah yang aku bakal terima ini…’ aku membalas mesej biela penuh tanda tanya maksud apa sebenarnya.. sekali lagi nama bilea tentera di handphone ku.. ‘xda lah,biela tengok dlm jadual xda pun.. ‘ kali ini aku gagal mengimbangi diriku aku tersandar di tepi almari ….

………………..

Satu malam biela tekad nak juga buat perjumpaan dengan muslimin sebelum start kelas esok.. aku menuruti sahaja walaupun berat sebenarnya nak jelaskan perkara sebenar..
Aku lihat naimah dan biela agak tenang waktu 2.. aku cuba kuat simpan sebak di hati.. Fawwaz memulakan liqo kami.. dari sudut wajahnya aku lihat dia cukup tenang.. ‘Ya Allah, jadikanlah satu pilihan yg tepat utk aku buat keputusan..bantu aku ya Allah’
‘inshaAllah sem nie kte cuba improve diri.. Saya cadang kita buat perjumpaan kita2 untuk cuba cari biah menghafaz selain itu saya ingat nak print out ayat-ayat quran dan tampalkan kat bilik..’ penuh semangat fawwaz berkata-kata malam tu..
‘semangatnya dia nie.. ya Allah macamna nak mulakan nie…’
Fawwaz teruskan perbincangan..
‘saya nak tahu muslimat semua nak drop ke? Saya ada dengar nak drop.. betul ke?’
‘kte tak nak dah..’ jawab naimah
Aku pula segera mengangguk bila ditanya.. ‘betul ke nak drop nie.. Allahurabbi..’ aku bermonolog sendiri..

………………………………………

‘saya setuju aja. Bila tu?’ msg fawwaz memenuhi inbox ku. Aku bercadang nak kumpul semua sepuluh orang nie even kami dah tak amek dah hifzu selepas nie.. Dari dulu aku sentiasa berharap kami dapat kumpul semula macam awal-awal semester 3 dulu.. Hari demi hari.. akhirnya hasil sepakat kami memilih tarikh 16 12  2013 untuk buat sedikit makan2 bersama ustaz wan, murabbi kami..

‘Salam. Pada pkul 7.30 mlm ini, ada jamuan hifzu bsama ustz wan. Tempat di kafe halimah (bilik aircond). Sila dtg yer J ‘ sekali lagi msg fawwaz mengingatkan pasal jamuan malam nie..

‘Orite J yg lain dah tahu ke? ‘ balas ku ringkas..

‘Laki dh. Tlong msg ustz wan yer. Ingatkan ustaz. Ustz dtg jam 7.45’ balas fawwaz memberi arahan..

‘okay..’ balasku..

Seleraku mati tengahari itu. Bukan sebab msg fawwaz tadi tapi mungkin aku sendiri tak cukup rehat.. kepala pun agak berat.. pening menerjah seketika di kepalaku..
‘Argghh tak boleh rehat-rehat ni koktail tak buat lagi pukul 4 ada kelas nanti tak sempat..’ aku bermonolog sendiri..

Usai solat zohor biela membantu ku menyiapkan koktail untuk makan malam nie.. Aku tutup bekas koktail dgn rapat agar semut tak singgah masuk pulak nanti. Jam sudah menunjukan 3.20 petang.. ‘biela siaplah nanti lambat pulak.. biar kita kemas biela nak pergi awal kan..’ tanyaku. ‘aah, tak  pe ke tiera buat sorang? ‘ ‘kemas je pun biarlah kat situ.. kita buat..’ balasku

Usai solat maghrib.. aku bersiap-siap nanti lambat pula..
‘ya Allah aku mohon sedikit kekuatan utk hari nie.. cukuplah hanya utk mengembirakan dan menyenangkan hati guruku, sahabat-sahabatku.. aku tak minta semua ini dibalas. Ku pohon berikan aku kekuatan dan sembuhkanlah kesakitan ku tanggung ini ya Allah..’  monolog aku sendiri..

‘Tiera nak susun macamana kerusi nie?..’ soal biela.. ‘ikut biela la kita okay je..’ jawabku ringkas. aku sebenarnya tak larat sangat waktu itu.. perutku benar-benar sakit.. dari pagi lagi sebenarnya. Tak hilang-hilang pulak sakitnya. walaupun hampir 8 tahun aku pernah mengalaminya dan menangungnya namun entah kenapa malam itu sakit tu terasa lain sangat..’ pedih nya ya Allah..’ kepalaku masih berdenyut kuat..’ya Allah pinjamkan aku sedikit kekuatan utk raikan guruku dan sahabat-sahabatku…’ aku pejam mata cuba cari sedikit kekuatan..

‘fathirah kenapa? Macam risau je..’ tanya Fatimah bila tengok aku asyik merenung-renung handset di tgnku..
‘eh tak ada apa.. nie mak cik murtabak tak sampai lagi.. kata sebelum maghrib.. risau pulak susahkan dia.. manalah kita tahu dia tak buat penghantaran. Nak pergi amek memang tak sempat la…’ jawabku berdalih namun hakikatnya turut risau dengan murtabak yang dijanjikan.. Tapi memang salah aku juga sebenarnya pakai order je bukan nak bertanya dia buat servis penghantaran ke tak kalau orang order.. maaf ye mak cik saya pakai cuba-cuba je.. hehe

‘Ustaz sampai… ‘ jerit naimah.. Muslimin  sambut ustaz. Ustaz bawak zaujah ustaz malam tu.. comel berpurdah.. ustaz baru akad nikah semalamnya.. pengantin baru la katakan.. hehe 
Fawwaz memulakan jamuan malam itu.. aku duduk disebelah zaujah ustaz.. samar-samar aku dengar suara fawwaz malam itu.. sakitku menyerang semula..ku pegang perutku.. ‘sakitnya yaAllah.. ku mohon berikan aku sedikit kekuatan utk bersama ustaz dan isteri ustaz sekejap ya Allah..’ doaku jauh disudut hati.. 
‘Mak cik dah sampai nie.. kafe halimah ye..?’ mak cik murtabak menelefon ku sewaktu ustaz sedang cakap.. aku memang tak dengar sangat apa yg ustaz cakapkan waktu itu.. tak boleh nak fokus macam-macam aku fikir.. aku cuba fokus namun gagal.. suara ustaz samar-samar mungkin disebabkan aku jauh sedikit dari ustaz.. ditambah pula..

‘murtabak tak amek lagi…’

‘sakit lagi..’

Aku bangun sekejap.  Mak cik murtabak tu dah sampai..

‘akak saya keluar  jap ye..’ aku minta izin utk keluar sekejap.. ambil murtabak..

‘Allah.. comel nie boleh buat menantu…’ ujur salah seorang mak cik dalam 
kereta tu sewaktu aku bersalam dengan kedua dua mak cik murtabak tu.. 

Aku tersenyum.. ‘eh tak adalah mak cik..’ laju aku menjawabnya..malu aku dibuatnya.. sempat mak cik nie nak usik aku.. macam-macamlah..

‘ Lima ringgit lagi tak apalah kami belanja.. anak order kebetulan je kan..’ ujur mak cik tu..

‘eh tak boleh mak cik.. banyak nie kalau tolok lima ringgit.. duit minyak mak cik datang sini lagi.. tak pe biar saya bayar lebih sikit.. pantas aku keluarkan 
not RM 10. Laju mak cik tu mengenggam tanganku.. menolak pemberianku.

‘Tak pe nak.. mak cik ikhlas.. jumpa anak pun mak cik seronok dah.. tak ada apalah sekali sekala dtg unisza nie hah..’ balas mak cik tu..

‘ye dik.. simpan duit tu.. buat belanja kat universiti nie..’ senyum mak cik sorang lagi agak muda dari yang tadi.. walaupun aku kurang faham lohghat terengganu nya aku cuba meraikannya..

‘terima kasih mak cik.. terima kasih akak..’ balas ku..

‘kami balik dulu lah.. nanti nak order lagi jangan malu-malu ye…’ pesan mak cik tu.. aku segera bersalam salaman dgn keduanya..

Lama pula mak cik tersebut memegang tanganku.. raut wajahnya ku tenung. Rasa bersalah aku dibuatnya menyusahkan mak cik nie hantarkan murtabak yg aku order nie..

‘belajar sungguh-sungguh ye nak.. ’ pesan mak cik tadi.. aku mengangukkannya..

‘wat menantu je la kak..’ gurau mak cik sorang lagi.. diselangi gelak ketawa kedua mak cik tersebut.. aku hanya tersenyum.. ‘ada-ada jela mak cik mak cik ini..’

Aku segera masuk semula ke kafe.. lama pulak aku kat luar nie.. aku letak semua murtabak di atas meja.. aku tak puas dengar  pesanan ustaz malam tu.. aku rindu teguran ustaz..

‘eh nape tak habis.. macam tak selera je..’ tegur zaujah ustaz..

‘dah kenyang la akak..’ balasku.. Mungkin terlalu penat hari ini aku tak da selera lagi nak makan.. tambah pula aku masih rasa sakit menyebabkan terbantut seleraku malam tu walaupun sepanjang hari nie aku belum menjamah walaupun sedikit makanan..

Usai ustaz balik.. aku segera berkemas-kemas.. aku benar- benar tak larat.. lagi pun biela ada hal lepas jamuan tu.. Fatimah pula ada meeting.. tinggal naimah je.. itu pun kalau lewat nanti susah pulak naimah nak balik..

‘Fawwaz, berapa duit makanan nie? Cukup tak?’ Tanyaku
Aku keluarkan not RM 50..

‘Eh lebih nie..’ balas fawwaz..

‘Ambilah dulu.. tak da duit kecik ni nanti yg lebih pulang la semula..’ balasku. Terasa agak tinggi suaraku padanya.. maaf ye fawwaz.. terkasar pulak..

‘hah okay..’ ujur fawwaz..

Kami muslimat minta izin balik dulu..

Usai solat isya’, aku capai handset ku.. segeraku msg fawwaz.. nak ucap terima kasih di tambah rasa bersalah meninggikan suara padanya tadi…

‘Dh bayar dh kt mkcik tu.. duit lbh nanti sy bg. Gambar upload kt group fb ye. J ‘ balas fawwaz..

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.. jauh di sudut hati syukur Alhamdulillah aku dapat kumpulkan kembali bersama ustaz wan dan sahabat-sahabat yang lain walaupun dalam masa yg sekejap sangat sebenarnya… ‘terima kasih ya Allah.. ‘

……………………………………

‘kita tetap kawan ye fathirah..’ satu ketika dulu msg dr naimah..

Sungguh aku sebak waktu terima msg tu.. naimah sahabat paling banyak memberi  tak pernah menjatuhkan.. sentiasa bagi semangat.. dorongan.. walaupun semester 3 baru kami rapat serapatnya.. aku tak pernah terfikir nak drop.. aku tak tahu macamna sedrastik aku mengangguk waktu fawwaz tanya waktu malam perbincangan hifzu hari itu.. aku nampak dari raut air mukanya dia seakan memujuk kami muslimat teruskan lagi hifzu quran ni.. Sungguh berat buat aku nak tinggalkan hifzu sebab menghafaz bukan satu yang mudah utk aku.. aku tak sehebat orang lain.. aku tahu tahap kemampuan ku..namun aku sendiri dah tak semangat bila naimah tekad nak berhenti hifzu.. sapa lagi nak bagi semangat dorongan teguran selain naimah.. aku tak kuat.. bila halangan demi halangan datang.. aku lah paling semangat amek tahu hal-hal muslimin  sebab aku nak hifzu quran macam awal-awal semester 3 dulu.. aku sanggup jumpa fawwaz, asyraf,syahmi waktu lepas final hari itu.. dengan harapan muslimin berubah..

……………………………

Satu pengalaman keperitan yang aku lalui bukan untuk meminta simpati jauh sekali meraih apa-apa balasan Cuma sekadar satu perkongsian untuk pengajaran sesiapa yang membacanya.. aku menulis kerana aku khuatir aku mengulangi kesilapan yang sama dan aku bimbang ia bakal luput dalam ingatanku. Hanya kerana ia satu-satunya kenangan yang aku ada selama dengannya.. Aku tak minta dibalas. Hifzu quran sem 3 terlalu banyak mengajar aku utk dekat dengan quran..  Dah hampir ke semester 5.. cepat sungguh masa berlalu, sungguh aku terlalu rindu nak ke kelas tasmik, malam-malam mengaji, bangun awal pagi.. sungguh pengalaman paling mendidik buat aku yang sentiasa lagha nie.. semester baru ni aku dipertanggungjawabkan memegang salah satu jawaatan dalam PERSADA.. Allahuakhbar berat nya memikul amanah nie.. makin sedikit ruang ku untuk bersama quran.. risau melalaikan.. menjaga ikhtilat lagi..moga dijauhkan sesuatu yang memudaratkan aku makin jauh dari quran.. moga usaha sehari sehelai muka nie dibekalkan kecekalan kesungguhan dan istiqamah sehingga akhirnya..moga ada lagi kesempatan utk aku bergelar hamlatul quran.. J

‘ya Rabb.. andai ini ujian buat aku. Berikan aku kekuatan utk menempuhinya.. aku yakin pasti ada hikmah utk ku.. jadikanlah aku anak yg solehah.. berikan aku kesempatan utk berbakti buat ibu ayah ku.. berikanlah aku peluang sekali lagi menghafaz kalam muliaMu ya Allah.. mudahkanlah sahabat-sahabatku yg masih meneruskan hafazan mereka. Engkau berkatilah usaha mereka.. moga mereka sentiasa istiqamah dalam perjuangan mereka.. Aamiin'

Letak harapan kepada Allah, kita pasti takkan kecewa :)


Buat sahabat2 hifzu dari semester satu sehingga semester tiga.. maaf andai sepanjang bersama kalian diri ini penuh khilaf.. moga kita semua bakal digelar HUFFAZ.. insyaAllah..
Buat murabbi yang dihormati , ustaz atarahim dan ustaz wan mohd khairul firdaus terima kasih sudi memperbetulkan bacaan, memberi nasihat dan teguran, sudi melayan karenah , sabar dengan telatah dan ragam, moga kalian sentiasa di bawah payungan redha Illahi di dunia mahupun di akhirat.. buat sahabat khususnya semester 3 , terima kasih mengajar diri ini terus sabar dan cekal.. terima kasih sentiasa ada saat susah mahupun senang.. bersama kalian pada semester ni terasa sedikit rajin dan bersemangat menghafaz quran namun ada ujian buat kita semua di mana adakah kita benar-benar inginkan quran di sisi kita.. aku lah insan yang paling tewas , sungguh kalian cukup hebat.. buat sahabat yang masih istiqamah meneruskan perjuangan semoga kalian terus bersemangat dan dikuatkan hati untuk mengagungkan kalam Allah..

:Naimah:Nabila:Fatimah:Fawwaz:Asyraf:Syahmi:Syafaat:Adib:Zaki:

May Allah bless you all !

lagu gerimis nyanyian Dehearty menemani sepanjang coretan ku

Hapuskan kekecewaan bangkitlah dari permulaan wahai diri fathirah !