“Kakak
nak jadi doktor, boleh rawat ayah, nanti ayah dah tak sakit lepas ini”. Jawabku
penuh semangat.
Ayah
memelukku erat, “Nanti kakak besar kakak jadilah ustazah, ajar agama biar semua
orang jadi baik, boleh tolong ajar ayah”. Balas ayah mengharap.
“Tapi
kakak tak minat ayah. Gaji murah nanti susah nak beli ubat ayah. Biar kakak
jadi doktor. Boleh rawat ayah free saja”. Balasku gaya seorang doktor
berkaliber.
Ayah
tersenyum. “Kakak akan faham nanti”.
Sekali
lagi butiran jernih mengalir laju membasahi pipiku. Kini sudah seminggu
permergian ayah. Satu persatu memori bersama ayah terbit menyinggah di
sanubariku. Terasa cepat masa berlalu. Aku masih belum berkesempatan untuk
berbakti kepada ayah. Bagaimana untuk aku teruskan kehidupan ini tanpa ayah di
sisi. Ayah yang selalu bersama aku. Bermain bersamaku, tempat untuk aku
bermanja segala-galanya pada ayahku. Adakah aku kuat untuk terus hidup? Kenapa
Allah ambil nyawa ayahku? Tidak tahukah Dia, aku sayang ayah? Sanggup Allah
pisahkan seorang anak dengan ayahnya? Mengapa aku tidak pada orang lain? Marah
aku dalam hati.
Hari
ini hari pertama aku mendaftar di Maahad Tahfiz Klang. Aku ingin ke Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) namun sebelum ayah pergi, ayah sudah daftarkan aku di
maahad ini. Katanya di sini bagus untuk aku. Hari ini, ibu menemani aku. Ibu
pun agak lain penampilannya, sebelum ini tidak pernah aku melihat ibu
bertudung. Selalunya ibu hanya mengenakan skarf menutup kepalanya. Aku tidak
berminat untuk menanyakan hal tersebut. Semuanya
gara-gara bakal ayah tiri aku juga turut menemani aku untuk berdaftar hari ini.
Aku tidak suka dia sebab dia bakal mengantikan tempat ayah. Bagi aku dia tidak
layak. Aku bermonolog sendiri. Usai bersalaman dengan ibu, aku segera masuk ke
dalam dewan, program orientasi tingkatan satu akan bermula.
“Di
sini, antum kena hafaz Quran 6 juzuk setahun, sesiapa yang tidak
cukup 6 juzuk akan didenda”. Tegas amanah daripada Mudir Maahad
kepada semua yang berada di dewan. Aku mendengus. “Mana aku mampu, kenapalah
ayah masukkan aku di sini. Aku nak belajar sains”. Aku membentak dalam hati.
Masuk
tiga bulan aku di maahad ini, sungguh aku bosan di sini. Hari-hari aku di tasmi’.
Hari-hari jugalah pasti muka aku yang akan di denda. Kadang-kadang, aku lebih sanggup
untuk di denda daripada di tasmi’ hari-hari. Aku selalu ponteng kelas,
kononnya sakit. Aku juga pernah keluar dari asrama tanpa kebenaran warden.
Malah, muka aku jugalah yang selalu lewat ke kelas tasmi’ dan ponteng
solat berjemaah di musolla. Selain itu, aku selalu tidak solat dan
selalu ponteng puasa. Orang lain sudah masuk juzuk empat aku baru masuk
juzuk dua. Surat amaran sudah dua kali aku terima, namun semuanya aku tidak
maklumkan kepada ibu. Biar kena buang sekolah, nanti aku boleh ke MRSM tidak perlu
lagi tinggal di sini. Malas untuk aku ceritakan pada ibu. Ibu tidak memahami
aku seperti arwah ayah. Di tambah dengan sikap ibu yang langsung tidak peduli
dengan aku. Bukan itu saja, ibu jarang melawat aku di sini. “Asyik sibuk
dengan pak cik Aziq saja, aku kat sini pun susah ke nak datang lawat”. Omel
aku sendiri dalam hati. Bertambah benci aku dengan bakal ayah tiriku itu dan
bertambah malas aku ingin ambil tahu dengan sikap ibu.
“Diniah,
jumpa saya di bilik saya sekarang!”. Tegas suara Ustazah Hayati, guru kelasku
memberi arahan. Semua pelajar memandang aku, terasa bahang di pipiku. Malu
namaku di sebut. Lemah langkah ku keluar dari kelas menuju ke bilik guru. “Apa
lagi ustazah nak, ada saja salah aku di matanya”. Aku merungut tidak puas hati.
“Assalamualaikum
ustazah, boleh saya masuk?”. Soalku.
Waalaikumusalam,
masuk Diniah, duduk”. Arah Ustazah Hayati. Dari raut wajahnya kelihatan tenang
tidak seperti tadi. Aku memandang dengan penuh tanda tanya. Ustazah menghela
nafas panjang, seakan-akan ingin beritahu aku sesuatu.
“Diniah,
enti ada masalah?” Tanya Ustazah Hayati lembut.
Aku
menggeleng laju.
“Enti
boleh
tipu ustazah tapi tidak boleh tipu diri sendiri”. Balas ustazah seakan
mengujiku.
Ustazah
menyambung bicara, “Dari dulu saya perhatikan enti, makin hari perangai
enti makin menjadi-jadi. Pasti sedih ibu ayah enti kalau tengok sikap enti
macam ini. Apa enti tak suka menghafaz Al-Quran?” Tanya Ustazah Hayati
sekali lagi.
Dan
sekali lagi aku menggeleng laju. Ustazah merapatiku, “Diniah, sekali lagi
ustazah tanya, enti ada masalah? Kalau ada kongsikan pada ustazah”.
Pujuk ustazah lembut.
“Ustazah
tak akan faham saya! Ustazah tiada hak nak tahu masalah saya!” marahku.
Pantas
aku bangun dan lari keluar daripada bilik guru. Aku berlari menuju ke tandas,
aku mengurung diriku, menangis sepuas hati. Entah mengapa aku jadi marah
apabila Ustazah Hayati menyebut “pasti sedih ibu ayah enti kalau tengok
sikap enti macam ini”. Aku bertambah sebak pabila terkenangkan arwah ayah.
Bila mengenangkan sikap ibu, makin menjadikan aku berasa sangat tertekan. Aku
menangis sepuas-puasnya. Hampir beberapa jam aku mengurungkan diri di dalam
tandas, tiba-tiba dua orang pelajar banat tingkatan tiga masuk ke
tandas.
“Enti,
ana
sedih bila dengar khabar Ustazah Hayati tiba-tiba pengsan tadi”. Luah Asifa.
“Ana pun
terkejut juga, kita tidak pernah tahu ustazah ada penyakit seteruk itu”. Sambung
Tasnim.
Aku
mencuri-curi mendengar perbualan mereka. Ustazah Hayati pengsan? Penyakit
teruk? Kenapa dengan ustazah? Pelbagai soalan timbul di kepalaku. Terbit rasa
serba salah menengking beliau sebentar tadi. Aku melangkah keluar dari tandas.
Melihat jam di tangan. Hampir tamat waktu kelas. Aku segera melangkah ke musolla,
moga tiada yang perasan aku ponteng kelas hari ini. Tiba-tiba,
“Diniah,
tunggu”. Jerit Yusriyah. Aku berpaling ke belakang. “Ada apa Yus?”
“Tadi
Ustazah Hayati ada tinggalkan surat untuk enti, ustazah suruh ana
sampaikan, ini dia”. Hulur Yusriyah dengan senyuman di bibirnya.
“Surat
apa ini?” Soalku kebingungan.
“Ana
tidak tahu Diniah, ustazah yang suruh ana sampaikan. Nanti enti bacalah.
Jom ke musolla nanti lambat”. Lembut bicara Yusriyah.
Aku
mendengus. Benci dengan permainan teka-teki. Aku simpan surat itu ke dalam
poket jubahku. Segera aku tunaikan solat zohor dan makan tengahari. Hari ini
aku ditemani oleh Yusriyah. Dialah satu-satunya sahabat sekelasku yang sudi
berkawan denganku. Sikap aku yang suka menyendiri dan selalu berperangai buruk
serta selalu di denda ini menyebabkan aku tidak mempunyai kawan sepanjang aku
berada di sini. Usai menjamah makanan, aku terus ke asrama untuk menukar
pakaian prep sebelum waktu prep petang. Sampai sahaja di asrama,
aku duduk sebentar di penjuru katil, segera ku buka surat yang ku terima sebentar
tadi.
Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum
WBT anakanda Diniah yang disayangi.
Maaf
andai warkah yang ditulis ini mengganggu anakanda. Ada beberapa perkara yang
perlu ayah jelaskan kepada anakanda agar anakanda mengerti. Anakanda Nur Raniah
Diniah, beberapa bulan yang lalu sebelum anakanda ke maahad ini, ayah ada
berjumpa dengan Ustazah Hayati. Ayah yang merayu kepada ustazah untuk masukkan
anakanda di sini. Pada mulanya, keputusan temuduga anakanda tidak berjaya namun
atas kesungguhan ayah dan kesudian Ustazah Hayati, pihak sekolah meluluskannya.
Ada amanah yang ayah mahu anakanda tunaikan amanah ini. Umur ayah tidak panjang
untuk terus mendidik anakanda menjadi anak yang solehah, menjadi tulang belakang
kepada agama. Keadaan ayah yang sangat uzur dan sering tidak sihat. Maafkan
ayah kerana tidak ada disisi anakanda. Anakanda masih ingat pada pertanyaan
ayah dulu? Anakandaku Diniah, ayah harap anakanda belajarlah mendalami agama
dan rebutlah peluang menghafaz Al-Quran. Rawatlah hati dan rohani anakanda
sebelum anakanda merawat orang lain. Bukan ayah tidak suka anakanda ingin
menjadi doktor, ayah benarkan tapi ayah harap anakanda dapat habiskan menghafaz
Quran dahulu. Ini sahaja impian ayah yang ayah minta dari anakanda. Ayah harap
anakanda mengerti dengan sebaiknya. Pesanan ayah buat puteri hati ayah, perubahan diri umpama pintu yang terkunci daripada dalam, ia
tidak akan dapat dibuka jika tuan punya diri tidak membuka dengan kunci yang
ada di tangannya sendiri. Jaga solat, jaga akhlak sayang.
Bila segala perancangan kita tidak menjadi seperti apa yang
diharapkan, senyum dan ingatlah kita merancang dengan cita-cita Allah merancang
dengan cinta.
Kalam
dari ayahmu.
Segera
aku beristighfar kembali. Siapalah aku untuk menghukum ketetapan Yang Esa. Kini
kenangan itu sudah hampir 5 tahun berlalu pergi. Satu-persatu memori lampau
aku, memberi ruang untuk aku muhasabah diri. Ku simpan kembali surat arwah
ayah, ku beralih pada surat tawaran sambung belajar ke Mesir dalam bidang
perubatan.
“Ayah,
kakak dapat sambung medic kat Mesir. Kakak dah tunaikan harapan ayah.
Alhamdulillah semalam kakak baru selesai syahadah. Kakak dah hafaz 30 juzuk
ayah, ibu pun dah banyak berubah sejak kemalangan yang hampir meragut nyawanya
2 tahun lalu. Alhamdulillah”. bisik ku dalam hati.
Merenung
aku ke dada langit mengharapkan segenggam kekuatan dariNya. aku merintih, aku
merayu, berdoa padaNya yang Hakiki. Pandangan ku kabur tatkala butiran jernih
itu hadir menutupi kedua-dua kornea mata ini. Ya Allah, pada siapa ingin ku
meminta selain dari Engkau, Ya Allah, tuhan sekalian makhluk. Berikan aku kekuatan
dalam mengharungi dugaan ini Ya Allah. Berikan aku secebis ketabahan dan
kesabaran agar terus teguh walau dipukul badai, terus gah berdiri walau ribut
melanda, agar terus mampu bertahan walau setajam mana duri menusuk. Sungguh, aku
hambaMu yang lemah Ya Allah. Kami tak mampu hadapi semua ni tanpaMu, tanpa
pertolonganMu, tanpa kasihMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah memberi peluang
untuk aku memperbaiki diri. Moga aku dapat menjaga kalamMu dengan sebaiknya.
Jadikanlah aku hambaMu yang taat dengan perintahMu, jadikanlah aku anak yang
solehah penyeri buat ibu dan ayahku, didiklah aku untuk kekal istiqamah di
jalanMu. Terima kasih ya Rabb dengan nikmat ini. Moga aku benar-benar memberikan
cahaya mempersona untuk agamaMu sesuai dengan namaku ini. Amin.
“Ayah,
kakak rindu dengan ayah. Kakak menyesal dengan kelalaian kakak selama ini. Maafkan
kakak, ayah !”.
Nukilan Istimewa,
Fathirah Aris,
26 Disember 2013,
Baiti Jannati.
Alhamdulillah hari ni dah bejaya hantar karya kreatif untuk madah penulisan dakwah. Berapa kali entah di edit-edit hehe. Bila dah hantar lega giler.. Moga dapat markah penuh hehe
So, apa komen untuk cerpen ni? Boleh dapat berrapa bintang? hehe
Doakan ye !
^_^