Saturday, 20 August 2011

Warkah Untuk Hawa


                          
Hawa,
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu dan dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau hentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa jangan..jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah..

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau akan jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seorang lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya, tapi merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam…dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
Kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, cukuplah hanya cinta daripada ibubapa yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik dan keluarga yang membahagiakan dirimu..

Saturday, 9 July 2011

~KESABARAN KUNCI KETAQWAAN~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,,,

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

 esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud padaMu... 

 terkadang dalam menempuhi kehidupan pasti kita merasa kecewa, sedih, terleka dan sebagainya termasuklah diriku yang serba dhoif ini,, Ya Allah, belas kasihanilah aku dengan meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat selama-lamanya Engkau menghidupkan aku dan belas kasihanilah aku daripada melakukan apa yang tidak penting bagiku dan berikanlah aku pandangan yang baik dalam melakukan perbuatan yang dapat memperoleh keredhaanMu terhadap diriku. Ya Allah, yang menciptakan langit dan bumi, yang memiliki keagungan dan kemuliaan dan kebesaran yang tidak boleh dituntut.Aku  memohon kepadaMu wahai ya Allah Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang dengan keagunganMu, dan cahaya wajahMu agar Engkau menetapkan hatiku dan sahabat-sahabatku dalam menghafaz kitabMu sebagaimana yang telah Engkau ajari kami dan berikanlah aku dapat membacanya menurut aturan yang memperoleh keredhaannya terhadap diriku, Ya Allah sinarilah penglihatanku dengan kitabMu, fasihkanlah lidahku dengannya dan lapangakan hatiku dengannya dan Engkau menyucikanku dengannya kerana sesungguhnya tiada yang boleh menolongku melakukan kebenaran selain Engkau,, Ya Allah jadikanlah aku dan sahabat-sahabatku Huffaz yang tergolong dalam kalangan hafiz dan jauhkanlah kami daripada golongan habis. Ya Allah berikanlah kami mengingati apa yang kami lupa & ajarkan kami ilmu apa yang kami tidak tahu dan faqihkan kami dalam addinMu Ya Allah.. perkenenkanlah doaku ini.. Amin

sebenarnya kita serimg terleka dengan urusan dunia sedangkan Allah merindui kita bermunajat,bersujud, berdoa padaNya.. Dalam mencari keredhaanNya kita kena istiqomah jangan putus asa..Artikel ni buat santapan rohani insan yang mencari kekurangan diri dalam usaha mendekatkan diri pada Allah.. Bersama kita mentarbiahkan diri kearah yang lebih baik. InsyaAllah..



 Cara menghadapi futur dalam diri.

1 Membaca, merenung dan memikirkan kandungan al-Quran.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami turunkan al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang yang beriman.” (Surah al-Isra, ayat 82)

Ada dua perkara yang dianjurkan Ibnul Qayyim bagi mengatasi kemalasan daripada kekerasan hati.

Pertama, bertafakur dan alihkan hatimu dari dunia untuk beberapa waktu, lalu ditempatkan di akhirat.

Kedua, hadapkan seluruh hatimu pada pengertian al-Quran, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan serta mengapa ia diturunkan. Hayati semua ayatnya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.

2 Merasakan keagungan Allah.

Antara ungkapan indah Ibnul Qayyim ketika menyifatkan keagungan Allah Yang Maha Tinggi: “Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah, melarang, mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan dan menghinakan manusia. Begitu juga menjadikan malam dan siang, menggantikan hari demi hari antara manusia, membalikkan kekuasaan dan menggantikannya dengan kekuasaan yang lain serta urusan dan kekuasaan-Nya berlaku di bumi dan antara kedua-duanya, di lautan dan daratan. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu dan mampu menghitung segala sesuatu.

“Pendengaran-Nya mencakupi pelbagai suara dan tidak ada yang menyerupai-Nya. Bahkan, Dia dapat mendengar suara hiruk-pikuk yang saling bertindih dengan pelbagai perbezaan bahasa. Pendengaran-Nya tidak akan diganggu oleh pendengaran yang lain, tidak menjadi kacau-bilau kerana banyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus menerus diajukan secara bertubi-tubi dengan permintaan orang yang mempunyai keperluan.

“Penglihatan-Nya meliputi segala sesuatu yang nampak, sehingga Dia mampu melihat langkah kaki semut hitam di tengah-tengah padang pasir yang luas terbentang pada tengah malam gelap-gelita. Yang ghaib dapat disaksikan dan yang tersembunyi nampak jelas bagi-Nya.”

Firman Allah bermaksud: “Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.” (Surah ar-Rahman, ayat 29).

3 Mendalami ilmu syariat.

Maksudnya adalah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah dan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu itu, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati, kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang Mahsyar, nikmat yang dikecapi di syurga dan azab pedih di neraka. Begitu juga nikmah syariat, masalah halal dan haram serta perjalanan hidup nabi dan pelbagai perkara yang tidak terhitung manfaatnya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar, ayat 9).

4 Mencari persekitaran dan sahabat soleh.

Keadaan seseorang banyak ditentukan persekitarannya. Lingkungan baik akan meningkatkan keimanan. Di sanalah seseorang mendapat teguran dan bimbingan ketika melakukan kesalahan.

Di sana pula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah, turunnya rahmat dan datangnya ketenteraman hati.

5 Memperbanyakkan kerja amal.

Kerja amal mampu memberikan pengaruh ketara terhadap hati dan jiwa manusia. Apabila kita melakukan kerja kebaikan dan apa saja amal soleh, jiwa pasti puas dan penuh kedamaiannya.

6 Tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk)

Takut kepada kematian dalam dosa atau sesat akan mendorong seorang Muslim untuk taat dan memperbaharui iman.

7 Banyak mengingati mati.

Mengingati mati juga akan membenteng seseorang daripada derhaka kepada Allah. Hati keras berubah menjadi lembut. Tidaklah seseorang itu mengingati mati ketika dilanda kehidupan yang sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang.

Antara cara mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahi kubur. Rasulullah bersabda: “Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilah kubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis, mengingatkan hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor.” (Hadis riwayat Hakim)

8 Kepatuhan dan berlepas diri

Saling tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin serta berlepas diri daripada orang kafir. Hati yang bergantung dan terpaut pada musuh Allah, akan menjadi lemah. Keimanannya akan menurun dan mencair. Sebaliknya, apabila kepatuhan dimurnikan dan hanya kepada Allah, maka ia akan menghidupkan keimanan dan semangat dalam hati.

9 Muhasabah jiwa ketika datang kelemahan

Menurut Ibnu al-Qayyim, hati memiliki dua sikap iaitu menerima dan menolak. Manfaatkan dua keadaan itu, sama ada ketika cenderung menerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkan amal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah ibadah sebanyak mungkin pada waktu siang dan malam.

Pada waktu hati sedang menolak (futur), ikatnya dengan melakukan amal wajib saja Rasulullah ditanya seorang sahabat : “Wahai Rasulullah, apa pendapat anda apabila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?” Baginda menjawab: “Peliharalah keburukanmu daripada manusia kerana itu adalah sedekah bagi dirimu.” Maksudnya jangan menunjukkan keburukan kita di depan manusia lain.

10 Menelaah kisah teladan salafussoleh.

Sikap dan teladan salafussoleh, termasuk ulama dan mujahidin hingga zaman kini akan menumbuhkan rasa hina dalam diri hingga menyuntikkan semangat baru dalam jiwa seseorang untuk menjadikan mereka sebagai contoh.


Artikel ni dapat membantu kita semua terus majukan diri dan orang di sekeliling kita, supaya menjadi hamba-Nya yang Kuat menghadapi ujian daripada-Nya. InsyaAllah…

"Dlm kita melangkah,terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis....
peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan."
 
(terus menuju kejayaan dan keredhaan-Nya)
JazakaAllahu Khatiron , ini adalah pesanan sahabat kepada seorang sahabat..InsyaAllah



Terima kasih buat ibuku,ibuku,ibuku dan ayahku yang tercinta yang tak penat tak jemu memberikan suntikan semangat dalam susah senang tiera menghadapi ujian Allah nie,,, sentiasa ada untuk tiera dan mendidik tiera mendalami agama menandingi yang lain.. terima kasih sangat2 tiera tak akan mengabaikan dan mensia-siakan amanah Allah ini. Doakan tiera agar mampu menjadi anak yang solehah, seorang isteri yang solehah dan berjaya menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat.. buat adik2 beradikku yang tersayang,, kakakku,syaffiyah izzul mustakim,izzul muzakkir & izzul mubasyir doakan nyah erk,, 

Monday, 27 June 2011

LELAKI SOLEH BUAT WAINTA SOLEHAH

Kasih kaulah inspirasiku
Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu
Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya
Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya, o ho…
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya
Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku…
~aku perlukan kekuatan Ya Allah,,, berikan aku petunjuk agar aku dapat sesuatu yang lebih terbaik,, perkenankanlah permintaan ku ya Allah,,~

Thursday, 19 May 2011

Doa elak malas , rasa dukacita , tertekan dan elak kedekut

Anda selalu berasa malas? Anda ada masalah sering berkeluh kesah dan berasa dukacita? Anda ada sifat penakut dan kedekut? Anda mengalami tekanan hutang dan dizalimi orang lain?

Saya mencadangkan agar anda dapat hafal dan amal doa di bawah ini.

Doa nya tidak panjang mana. Semua orang boleh hafal dan amal.

Bacalah doa ini setiap kali lepas solat. InsyaAllah, semoga dengan doa yang kita baca secara istiqamah (berkekalan) akan dimakbul kan oleh Allah Ta’ala.

Berikut adalah doa elak daripada perasaan malas, rasa keluh kesah, dukaciti, sifat kedekut dan penakut dan elak alami daripada tekanan hutang.

Ni doanya,ana selalu amal ni dlm doa ana seharian





Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Keterangan:
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.

Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.

Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik.

Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.

Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik.

Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.

InsyaAllah, sama-sama lah kita amalkan doa ini untuk mendapat kebaikan dunia akhirat.

sumber daripada :Hafiz Hakim

Bila nak tidur...

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah, ” Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara:

1-Mengkhatam Al-Quran.

2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat.

3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu.

4-Mengerjakan ibadat haji dan Umrah.

Kemudian Baginda SAW mengerjakan solat dan Aisyah berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata : ” Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang”.

Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda :

Apabila kamu:

1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.

2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah memjadi penolongmu di Akhirat nanti.

3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.

4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.

Kitab 1001 Feqah Nasihat. m/s : 185

PESANAN TERBAIK DARI SEORANG RAKAN

Assalamualaikum 
Sekadar menyampaikan. ...... 

Pesanan terbaik dari seorang rakan

Assalamualaikum

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. 

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada 
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. 

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. 

Kedua, 
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid. 
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas. 

Ketiga, surah 
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. 

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar


'untukmu agamamu, untukku agamaku'


Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. 

Pertama, kekuatan minda 

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. 

Kedua, kekuatan hati 

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik... 

Ketiga, kuat fizikal 

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya 
.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. 
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.. 

Iqra'.....! 

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind... 
Recite 3x : 
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya"



Duhai Nisa'

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia…

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki… menjadi ‘izzah’ yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi…

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.Namun… wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik… merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku… wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah di dunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya… pd akhlaknya…

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku… jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu… kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah… perasaan cinta pd ALLAH… Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka… Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara’. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa… ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam… Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini… Ditinggikan martabat golongan HAWA ini… Tapi sayang… golongan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jadikan penuh kemuliaan…

Wahai adikku… 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai… antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku… Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti…amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah… Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi… elok sifatnya… sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya… Mungkin bukan di dunia… tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia… asalkan cinta ILAHImengiringinya…tak semestinya dipetik di taman dunia kan? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku… sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik… Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia… berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu’alam.

sumber daripada: Hadiqah Az-zahra

Wednesday, 18 May 2011

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu...

Amin..:)